Friday, December 14, 2007

Fenomena Azan

Inilah tanda kebesaran dan keagungan ALLAH SWT. Setiap hari azan berkumandang tanpa henti di seluruh muka bumi ALLAH. Setiap kejadian telah diatur dengan sempurna oleh Maha Pencipta.

Wednesday, December 12, 2007

Harapan

Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi…

Biar kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai…

Biarkan kegelisahan lenyap, jangan kita hilang semangat…

Biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula…

Diturunkan Ad-din memperhalusi akal…

Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak…

Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti…

Menjadi sebaik-baik umma, tunduk sebagai hamba…

Berjalan sebagai khalifah…

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata “IMAN”

Menyemai sepohon “TAQWA”

Agar dapat berteduh dari kepanasan “NAFSU”

Agar dapat berlindung dari angin hasutan “SYAITAN”

Dalam mencari “KEREDHAAN ALLAH SWT”

Food For Thought

I asked for strength…

And GOD gave me the difficulties to make me strong…

I asked for wisdom…

And GOD gave me problem to solve…

I asked for prosperity…

And GOD gave me brain and brawn to work…

I asked for courage…

And GOD gave me obstacles to overcome…

I asked for love…

And GOD gave me troubled people to help…

I asked for favors…

And GOD gave me opportunities…

‘’I received nothing I wanted…But I received everything I need’’.



LIFE WITHOUT FEAR,

CONFRONT ALL OBSTACLES,

AND EVINCE THAT YOU CAN OVERCOME THEM,

THAT IS TRUE JOY OF LIFE…


Monday, December 10, 2007

PERKAHWINAN




Untuk suami, renungkanlah…

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita
menjadi solehah…

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya …

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT.
Karena memiliki isteri yang tak sehebat mana justeru membuat kamu akan tersentak dari alpha bahwa
Kamu bukanlah Rasulullah SAW
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh …


Untuk isteri pula, renungkanlah…

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw …
Tidaklah setaqwa Ibrahim pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa apalagi setampan Yusuf
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangun keturunan yang soleh…

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya…

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana justeru membuat kamu akan tersentak dari alpha
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Dan bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah…